Friday, April 6, 2007

Aku Milikmu

Langkah kaki ku..
Makin longlai..
Kehausan di padang gersang..

Betapa nanti..
Aku rebah..
Burung gagak memagut tubuh..

Biar tanpa oleh ku..
Lembah lembah berair..
Bibir akan memecah..
Tangan juga berdarah..

Oh..... Ini baru cuaca dunia
Oh..... Akan lebih nanti di sana

Mati adalah pasti
Hidup insyaallah

(herman tino - 1985)

Berpecahnya Umat Islam Kepada 73 Puak

Pernah terbaca dari satu majalah yg dibeli dalam tahun 1992 dulu. Ringkasannya lebih kurang macam ni:

Sabda Rasulullah,
" Akan berpecah umatku kpd 73 puak - 72 akan masuk neraka & hanya 1 masuk syurga" .

72 puak yang dimaksudkan ialah:
1. Syiah pecah kpd 22 puak
2. Khawarij 20 puak
3. Muktazilah 20 (termasuk Qadariah) puak
4. Murjiah 5 puak
5. Najariah 3 puak
6. Jabariah 1 puak
7. Musyabihah 1 puak
JUMLAH 72
Yang 1 lagi (yang akan masuk syurga) ialah yg berpegang kpd Ahli Sunnah Wal Jamaah.

Antara sebab2 72 puak itu dikatakan tidak benar:
1. Syiah – Terlalu taksub dgn Saidina Ali. Abu Bakar merampas hak Ali sbg khalifah pertama; yg extrem kata Jibrail sepatutnya bagi wahyu kpd Ali tapi tersalah bagi kpd Muhammad (iaitu Ali yg sepatutnya jadi Nabi yg akhir); yg paling extrem pula menyembah atau bertuhankan Ali.
2. Khawarij – Terlalu benci Ali sehingga mengkafirkannya, org yg berdosa besar hukumnya kafir; yg extrem kata syurga tidak ujud.
3. Muktazilah – Org yg berdosa besar itu mukmin tidak kafirpun tidak jadi tak boleh masuk neraka atau pun syurga; nikmat org syurga hanyalah nikmat rohani & bukan jasmani; ahli syurga tak boleh lihat Allah dgn mata kasar.
4. Murjiah – Org yg buat maksiat & mungkar kpd Allah tidak akan dpt bala jika dia beriman kpd Allah.
5. Qadariah – Qudrah (kekuatan) diberi oleh Allah tapi selepas kita mendapat qudrah itu, kita yg menentukan hidup kita & Allah tak ada kuasa lagi keatas kita (atau jika kita beriktikad, semua perbuatan baik buruk terbit adalah dari usaha kita sendiri & tidak terpaut dgn kuasa Allah lagi).
6. Jabariah – Kita tidak perlu berusaha & berikhtiar tapi hanya berserah kpd Allah semata-mata. Kita hanya perlu bergantung kpd qada & qadar yg telah ditetapkan Allah & tak payah usaha apa2. Contoh bila ditanya "Bila nak buat haji?", dia jawab "Belum sampai seru". Bila tanya "Pasai apa nak kawin 2?", dia jawab "Nak buat macam mana, dah ditakdirkan".

Kita tak sedar yg apa yg kita buat kadang2 boleh tergolong kpd fahaman2 yg salah ini terutamannya Qadariah dan Jabariah. Walau apapun, setiap satu dari 72 puak ini mengaku bahawa merekalah ahli sunnah wal jamaah dan yg lain2 tu salah. Semua yakin depa yg akan masuk "syurga".